Tuesday, January 11, 2011

5 MAKANAN YANG MELANCARKAN HAID ANDA

Oleh kerana haid anda berlaku setiap bulan, adalah penting untuk and memakan makanan yang betul, pada waktu yang betul.Tingkatkan tenaga anda dan legakan kecelaruan emosi anda dengan memakan makanan2 di bawah pada hari2 tertentu.

HARI 1- 5

EMOSI anda sangat sensitif pada ketika ini. Makan makanan yang tinggi dengan Magnesium (bayam, bijiran penuh) dan juga makanan yang megandungi asid lemak Omega-3 (salmon, sardin, walnut) dapat mengurangkan tekanan perasaanmu..

HARI 6 - 13

PENINGKATAN hormon mengelakkan dirimu dari stress, maka kamu dengan lebih mudah dapat makan secara sihat dan terkawal. Pada ketika inilah paling sesuai untuk makan buah-buahan dan sayur-sayuran!

HARI 14- 17

KEPEKAAN deria meningkat - termasuklah deria rasa. Nikmati keenakan makanan gourmet seperti keju, udang kara dan daging.

HARI 18- 23

APABILA progestron berada di puncak, perut akan merosot. Makanan tinggi serat seperti beras perang, barli dan sayur-sayuran dapat menghalang sembelit di samping meningkatkan tahap metabolismemu!

HARI 25 - 28.

ADUH!. Panggilan untuk makanan2 enak makin memuncak. Namun seimbangkan Karbohidrat kesukaanmu dengan pengambilan protein. Ini dapat menstabilkan kandungan gula dalam darah. Ais Krim adalah nikmat yang terindah.- sangat menggoda namun memuaskan.

No comments:

Post a Comment