Thursday, January 20, 2011

DIET SUP KUBIS - MENU 7 HARI CARA MUDAH DAN CEPAT

Mulai esok saya nak mulakan Cabbage Soup Diet. Buat pengetahuan semua, diet ni berdasarkan jumlah kalori. Lebih banyak sup yang korang makan, lebih banyak berat yang korang akan hilang!.. Wow, best kan? Ini membolehkan semua orang utk makan Sup kobis sebanyak yg mungkin (korang selera tak?.. huhu). Dgn diet ni korang xyah risau utk makan byk2 selagi korang berselera nak makan, TAPI!!.. kena pantang makanan lain tau!.. ( aduh... ni yg lemah). OK.. jom kita tengok apa menunya..




DIET & HARI: MENU DIET SUP KOBIS


Makan sebanyal sup yg korang nak utk 7 hari n korang akan kehilangan 10 hinga 15 paun.. lebih kurang 4 - 6 kg weh.. wah.. semangat2x!!.. Resipi kobis ni adalah gabungan sayur-sayuran rendah kalori seperti KOBIS.. (yer lah, dah nama pun sup kobis), bawang dan tomato serta stock sup. Ok, jom tgok menu 7 harinya.


HARI PERTAMA
- Makan buah-buahan sahaja, semua yg korg teringin makan KECUALI durian atau pisang.
- Minum teh, kopi pekat, jus buah-buahan yg TIADA pemanis atau gula
- ha.. makanla sup kubis sebanyak mana yg korang suka..


HARI KEDUA
- Hari ni korang leh makan apa saja sayur yg korang nak. Ulam, mentah, masak, ke celur, janji bukan kekacang atau jagung. Lapar?. Utk dinner korang makan kentang bakar dengan butter.. Sedap tau.. jangan lupa tau makan sup kobis korang tu... =)


HARI KETIGA
- Gabung menu hari pertama dan hari kedua.. jangan lupa apa.. YA.. Sup Kubis kegemaran koranglah.. huhu.. tapi xlh makan kentang bakar tau.. NO NO NO


HARI KEEMPAT
-Harini korang leh makan sampai maksima 8 biji pisang dan minumla susu skim sebanyak mana yg korang nak.. Buat yg lactose intolerant mcm saya terpaksa la ganti dgn milo yer.. janji jgn ada apa.. GULA.. ok


HARI KELIMA
- Fullamak.. arini boleh raya makan daging dan sayur-mayurlah!.. Utk kali ni korang boleh makan sehingga 2-3 stik bersama sayur segar dan salad. BUKAN KENTANG BAKAR!. Hirup sup kobis anda sekurang2nya sekali.. WAJIB..


HARI KETUJUH
Last day.. ahh.. xsabar kan nak timbang.. arini makan beras perang, jus buah-buahan tanpa gula, dan sayur-sayuran. Jgn dilupakan sup kobis ajaibmu w/pn sekali. huhu.. eh.. jgn sentuh roti, minuman bergula atau berkarbonat.. nak cantik kan.. tahan ajelah..


aha.. demikianlah menu utk 7 hari diet dengan sup Kobis. Sye pun nak mencuba utk esok hari.Ptang ni nak g beli stok makanan utk menu Sup KObis ni.. JOm, Selamat Beramal.. kita tunggu 7 hari nanti.. apa keputusanya


P/s: Menu makanan yg disertakan ini hanyalah cadangan semata2.Apa2 pun sila dapatkan pandangan dr doktor anda. JOM KURUS! 

Tuesday, January 11, 2011

5 MAKANAN YANG MELANCARKAN HAID ANDA

Oleh kerana haid anda berlaku setiap bulan, adalah penting untuk and memakan makanan yang betul, pada waktu yang betul.Tingkatkan tenaga anda dan legakan kecelaruan emosi anda dengan memakan makanan2 di bawah pada hari2 tertentu.

HARI 1- 5

EMOSI anda sangat sensitif pada ketika ini. Makan makanan yang tinggi dengan Magnesium (bayam, bijiran penuh) dan juga makanan yang megandungi asid lemak Omega-3 (salmon, sardin, walnut) dapat mengurangkan tekanan perasaanmu..

HARI 6 - 13

PENINGKATAN hormon mengelakkan dirimu dari stress, maka kamu dengan lebih mudah dapat makan secara sihat dan terkawal. Pada ketika inilah paling sesuai untuk makan buah-buahan dan sayur-sayuran!

HARI 14- 17

KEPEKAAN deria meningkat - termasuklah deria rasa. Nikmati keenakan makanan gourmet seperti keju, udang kara dan daging.

HARI 18- 23

APABILA progestron berada di puncak, perut akan merosot. Makanan tinggi serat seperti beras perang, barli dan sayur-sayuran dapat menghalang sembelit di samping meningkatkan tahap metabolismemu!

HARI 25 - 28.

ADUH!. Panggilan untuk makanan2 enak makin memuncak. Namun seimbangkan Karbohidrat kesukaanmu dengan pengambilan protein. Ini dapat menstabilkan kandungan gula dalam darah. Ais Krim adalah nikmat yang terindah.- sangat menggoda namun memuaskan.

Monday, January 10, 2011

PROGRAM MENGURUSKAN BADAN

 Haaa.. tahun ni takde main2 lagi k. tahun untuk PERUBAHAN. 89 KG KEPADA 55 KG DALAM MASA 3 BULAN!